
Pandan Jaya, Kuala Lumpur dalam satu video tular.
Ketua Polis Ampang Jaya Azam Ismail berkata siasatan dimulakan selepas seorang wanita 26 tahun membuat laporan mendakwa menyaksikan jirannya melakukan penganiayaan itu minggu lalu.
“Pada 1 Nov lalu, pengadu terdengar bunyi kucing bising di rumahnya dan melihat seorang jirannya berusia 60-an sedang menganiaya seekor kucing dengan masukkannya dalam jaring besar dan mengheretnya dari tingkat rumah pengadu ke bawah flat,” katanya dalam kenyataan.
Azam berkata lelaki itu dipercayai menganiaya kucing terbabit kerana selalu berak di depan rumahnya.
Menurut wanita itu, beberapa penduduk menasihatkan lelaki terbabit melepaskan kucing berkenaan daripada jaring.
Satu klip video seminit 29 saat kemudian tular.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.