Jangan terpedaya jemputan mesyuarat laksana projek menara 5G, Jendela 2

Jangan terpedaya jemputan mesyuarat laksana projek menara 5G, Jendela 2

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memaklumkan jemputan tidak benar itu bertujuan memperdaya orang ramai.

mcmc-skmm-mcmc
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkata ia sudah membuat laporan polis berhubung jemputan mesyuarat tidak benar itu. (Gambar SKMM)
KUALA LUMPUR:
Orang ramai diingatkan berwaspada terhadap penyebaran jemputan mesyuarat pelaksanaan projek menara 5G dan projek Jendela 2 di Sabah yang didakwa berlangsung di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memaklumkan jemputan itu tidak benar dan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya orang ramai.

“Satu laporan polis telah dibuat SKMM berhubung perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai pelaksanaan projek sedemikian akan dibuat mengikut saluran rasminya.

Justeru, ia menggesa orang ramai melayari laman rasmi SKMM bagi mendapatkan kepastian dan pengesahan majlis anjurannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.