Kelantan akan bincang syarat sedia ada buka pawagam

Kelantan akan bincang syarat sedia ada buka pawagam

Exco Kelantan Asri Mat Daud berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini selepas mesyuarat kerajaan negeri.

Exco Kelantan Asri Mat Daud berkata kerajaan negeri menerima permohonan beberapa syarikat untuk pembukaan pawagam.
PETALING JAYA:
Kerajaan Kelantan akan membincangkan syarat membuka pawagam di negeri itu susulan permohonan beberapa syarikat.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Asri Mat Daud, berkata kerajaan negeri sudah menyenaraikan syarat sepatutnya dan ia akan diperhalusi sebelum memutuskan permohonan berkenaan.

“Ada syarat ketat dikenakan dan pimpinan dahulu sudah sebut pembukaan pawagam dibenarkan, jika memenuhi syarat itu,” katanya menurut Sinar Harian pada Ijtimak Tarbawi 10.0 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, Kota Bharu.

Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini selepas mesyuarat kerajaan negeri.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Kelantan tidak pernah melarang pembukaan pawagam, tetapi pengendali perlu mematuhi syarat agak ketat, termasuk mengelak penyaringan dalam persekitaran gelap untuk mengelakkan unsur tidak diingini.

Pihak berminat membuka pawagam di Kelantan perlu mematuhi waktu solat, terutama Maghrib dan Isyak kerana jarak masa singkat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.