6 rakyat Malaysia ditahan di Golok, polis siasat jika ada kaitan sindiket dadah

6 rakyat Malaysia ditahan di Golok, polis siasat jika ada kaitan sindiket dadah

Semalam, enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita ditahan di sebuah hotel di Sungai Golok selepas dipercayai memiliki 6,000 biji pil kuda.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Khaw Kok Chin berkata polis Thailand akan mendapatkan perintah reman terhadap enam rakyat Malaysia itu tidak lama lagi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis sedang menyiasat sama ada enam rakyat Malaysia ditahan memiliki 6,000 biji pil kuda di Thailand kelmarin anggota sindiket penyeludupan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Khaw Kok Chin, berkata polis Thailand akan mendapatkan perintah reman terhadap rakyat Malaysia terbabit tidak lama lagi.

Menurutnya, polis belum menentukan sama ada 6,000 pil kuda itu untuk pasaran Malaysia.

“Kami tidak dapat mengesahkan sama ada pil itu akan diseludup ke Malaysia menerusi pengkalan haram kerana siasatan sedang dijalankan rakan sejawatan kami di Thailand.

“Pada masa sama, kita tingkatkan kawalan di semua pengkalan haram bagi mengelakkan kemasukan barangan terlarang termasuk dadah,” katanya menurut Harian Metro.

Semalam, enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita ditahan selepas dipercayai memiliki pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok.

Polis menahan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 32 tahun itu kira-kira 6 pagi (waktu Malaysia) selepas selesai berhibur, dengan 6,000 pil kuda turut dirampas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.