Polis belum terima laporan pegawai kadet UPNM dibuli

Polis belum terima laporan pegawai kadet UPNM dibuli

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis masih menunggu laporan daripada kedua-dua pihak.

Razarudin Husain
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis sedia menyiasat jika ada laporan dibuat pihak terbabit. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis belum menerima laporan daripada mangsa atau Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berhubung dakwaan seorang pegawai kadetnya cedera dibuli senior.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata polis sedia menyiasat jika ada laporan dibuat pihak terbabit.

“Kita masih menunggu laporan dari kedua-dua pihak,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan UPNM, Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera baru-baru ini.

Sumber berkata, mangsa dipercayai cedera dibuli senior yang menekap seterika di dadanya sehingga meninggalkan kesan lecur.

Angkatan Tentera Malaysia dalam kenyataan berkata, ia sedang menyiasat dakwaan itu dan berjanji akan mengambil tindakan disiplin atau undang-undang terhadap individu bertanggungjawab.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.