Menyinari cahaya Deepavali di negara matahari terbit

Menyinari cahaya Deepavali di negara matahari terbit

Walaupun merindui suaminya R Ravisangkar, Nakajima Kaoru tidak sabar berkongsi kemeriahan pesta cahaya itu bersama keluarga dan rakan-rakannya di Jepun.

Nakajima Kaoru (dua dari kiri), bersama suami R Ravisangkar dan keluarganya ketika perkahwinan mereka di Malaysia.
PETALING JAYA:
Sambutan Deepavali tahun ini sangat istimewa untuk Nakajima Kaoru.

Buat pertama kalinya beliau meraikan pesta cahaya itu sebagai seorang isteri, selepas mengikat tali perkahwinan dengan R Ravisangkar, seorang perunding dari Klang, bulan lalu.

Ia juga menjadi satu perayaan yang unik kerana Nakajima akan menyambut Deepavali di Jepun.

Walaupun berjauhan dengan keluarga mentua dan suaminya – yang kembali ke Malaysia untuk bekerja – Nakajima tidak sabar untuk berkongsi perayaan itu bersama keluarga dan rakan-rakannya di wilayah Tochigi, kira-kira dua jam perjalanan menaiki kereta api dari Tokyo.

Sebelum berkahwin, pengetahuannya mengenai Deepavali hanya terhad pada video perayaan di media sosial yang beliau bantu hasilkan sebagai sebahagian daripada tugasnya di kedutaan Jepun di Malaysia, di mana beliau bertugas di sana sejak 2021.

kolums
Sebahagian hiasan ‘kolam’ yang dihasilkan Nakajima Kaoru.

Selain menghasilkan video, pengetahuan Nakajima mengenai Deepavali juga hanya berkisar pada hiasan ‘kolam’ berwarna-warni yang dihasilkannya dan menyediakan makanan dan manisan tradisional India yang sinonim dengan perayaan itu kepada duta.

“Ibu mentua saya juga mengajar saya mengenai berpuasa sebelum Deepavali.

“Saya tidak tahu perkara itu (berpuasa) sebelum ini, dan mulai sekarang saya akan belajar banyak perkara dari keluarga mentua saya,” katanya kepada FMT.

Wanita berusia 32 tahun itu memberitahu, beliau memutuskan untuk berada di kampung halamannya ketika Deepavali ini kerana mahu meluangkan masa dengan keluarganya sebelum memulakan pekerjaan baharunya di Malaysia.

“Saya sangat suka kemeriahan dalam sambutan Deepavali. Ia mengujakan. Saya juga suka membuat hiasan ‘kolam’,” katanya.

Walaupun berharap dapat menyambut Deepavali tahun ini bersama suami dan keluarga mentuanya, namun Nakajima melihat ia satu peluang untuk beliau memberi lebih penerangan kepada keluarganya mengenai perayaan itu, lebih-lebih lagi adik lelakinya, yang kini mengikuti ajaran Buddha dan Shinto.

“Mereka tertarik untuk belajar mengenai ajaran Buddha, terutama selepas menghadiri perkahwinan Buddha kami pada September lalu.”

Nakajima yang juga gemar memakai baju kurta, juga tidak sabar untuk membuat panggilan video dengan suami dan keluarga mentuanya di Malaysia pada pagi hari Deepavali untuk menyampaikan ucapan dalam bahasa Tamil.

“Saya berlatih menyampaikan ucapan Deepavali dalam bahasa Tamil sejak tahun lalu,” kata Nakajima yang juga boleh bercakap dalam bahasa Melayu.

Ketika menyambut sinaran pertama Deepavali di negara matahari terbit, Nakajima sedar ini hanyalah satu permulaan untuk perjalanan yang penuh dengan pengalaman baharu yang mengujakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.