Pemilihan PKR ikut masa, lepas mandat tamat Mei 2025, kata Fuziah

Pemilihan PKR ikut masa, lepas mandat tamat Mei 2025, kata Fuziah

Setiausaha agung PKR berkata pemilihan diadakan selepas mandat dipegang barisan kepimpinan ketika ini akan tamat Mei tahun depan.

Fuziah Salleh
Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata tidak timbul isu pemilihan parti itu akan ditangguhkan kerana barisan sedia ada masih sah.
PETALING JAYA:
PKR akan membuat pemilihan parti mengikut masa iaitu selepas mandat dipegang barisan kepimpinan ketika ini tamat pada Mei tahun depan, kata Setiausaha Agung Fuziah Salleh.

Fuziah berkata, tidak timbul isu pemilihan parti itu akan ditangguhkan kerana barisan sedia ada masih sah.

“Sebenarnya pemilihan parti memang tarikh akhir pada Mei 2025, maksudnya tidak ada sebab untuk menangguhkannya.

“Naratifnya bukan disegerakan tapi maksudnya akan dilakukan ikut masa, tidak ditangguhkan selepas pilihan raya tapi memang tamat tempoh pada Mei 2025,” katanya lapor Sinar Harian.

Presiden PKR Anwar Ibrahim pada Ahad lalu berkata Biro politik PKR memutuskan pemilihan parti tidak akan ditangguhkan, memandangkan tarikh jangkaan untuk PRU16 masih jauh.

Sebelum ini, Fuziah berkata mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR membincangkan pandangan mengenai penangguhan pemilihan sehingga selepas PRU16.

Fuziah berkata ia hanya perbincangan dan tiada keputusan tuntas dicapai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.