Pelajar IPT boleh mohon baucar buku RM100 mulai hari ini

Pelajar IPT boleh mohon baucar buku RM100 mulai hari ini

Kementerian Pendidikan Tinggi memaklumkan permohonan itu dibuka mulai 10 pagi tadi.

Fasa kedua inisiatif baucar buku bernilai RM100 sehingga 31 Dis ini akan memanfaatkan lebih sejuta pelajar, kata Kementerian Pendidikan Tinggi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) boleh membuat permohonan baucar buku fasa kedua bernilai RM100 bermula hari ini hingga 31 Dis.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan permohonan itu dibuka mulai 10 pagi tadi.

“Berita baik untuk semua pelajar IPT, anda layak untuk menebus baucar buku di laman MySISWAPLACE,” menurut hantaran itu.

Pada Isnin lepas, KPT dalam kenyataan memaklumkan fasa kedua inisiatif itu akan memanfaatkan lebih sejuta pelajar, dengan penyaluran baucar akan dilaksanakan melalui pelantar digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif hingga 31 Mac 2024.

Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal MySISWAPLACE menerusi pautan https:/mysiswaplace.my bermula 30 Okt.

Portal MySISWAPLACE di bawah kendalian Yayasan Perkasa Siswa yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT adalah untuk memudahkan urusan pelajar menggunakannya sepanjang inisiatif berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.