Kematian banduan di Penjara Sg Buloh tiada unsur jenayah, kata polis

Kematian banduan di Penjara Sg Buloh tiada unsur jenayah, kata polis

Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian.

Banduan berusia 37 tahun itu dilaporkan tidak sedarkan diri ketika dirawat di klinik Penjara Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
KUALA LUMPUR:
Kematian banduan lelaki berusia 37 tahun di Penjara Sungai Buloh, Ahad lepas, didapati tidak mempunyai unsur jenayah, kata Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor.

Beliau berkata keputusan itu berdasarkan hasil bedah siasat dilakukan Hospital Sungai Buloh, semalam.

Lelaki berkenaan, katanya dihantar ke Hospital Sungai Buloh selepas didapati tidak sedarkan diri semasa dirawat di klinik penjara.

“Pada 10.25 malam (Ahad), petugas Hospital Sungai Buloh mengesahkan bahawa banduan itu telah meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat pada 6 petang semalam, pihak hospital mendapati tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian dan kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.

Hafiz berkata laporan kematian diterima pada 10.43 malam daripada warden penjara berkenaan.

Bagaimanapun, katanya siasatan lanjut akan dilakukan sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah lain yang dilaporkan.

“Hasil bedah siasat diputuskan sebagai menunggu laporan lengkap makmal dan sampel darah telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.