
Permohonan reman itu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini dan dibenarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.
Lelaki berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan ketika memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM lewat petang semalam.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati syarikat terbabit berstatus tidak aktif di Malaysia sejak lapan tahun lalu namun syarikat induknya berpangkalan di Singapura.
“Syarikat terbabit juga dikatakan telah menerima kontrak pembekalan baja berjumlah 15,000 tan atau lebih kurang RM60 juta pada 2022.
“Pemberian kontrak sangat meragukan di mana ia dipercayai dibuat atas arahan pihak tertinggi pertubuhan tanpa kelulusan lembaga pengarah dan diberikan secara runding terus atas alasan pembelian darurat,” katanya.
Menurut, pemberian kontrak bernilai RM60 juta itu menimbulkan persoalan kerana diberi kepada syarikat tidak aktif sejak lapan tahun lalu secara tergesa-gesa.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan SPRM memulakan siasatan dan pembongkaran penyelewengan pembekalan baja padi oleh salah sebuah pertubuhan di bawah kementerian terbabit.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16, 18 dan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.