Juruukur tanah mengaku tak salah cuba bunuh polis

Juruukur tanah mengaku tak salah cuba bunuh polis

Ammar Faris Zainulkifli, 31, didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat cuba menyebabkan kematian Mas Safiq Azizan Matzrol dan Mohd Norhasmi Ab Razak.

Ammar Faris Zainulkifli, 31 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh dengan melanggar dua orang anggota polis menggunakan kereta, minggu lalu.
GEORGE TOWN:
Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh dengan melanggar dua orang anggota polis menggunakan kereta, minggu lepas.

Ammar Faris Zainulkifli, 31, didakwa melakukan perbuatan dengan niat cuba menyebabkan kematian Mas Safiq Azizan Matzrol dan Mohd Norhasmi Ab Razak, yang sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah, dengan cuba melanggar mereka menggunakan kereta jenis Honda Civic.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di belakang Gurney Plaza, Jalan Kelawai di sini, pada 4.50 petang, 25 Okt lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Lee Jun Keong mencadangkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan minimum atas alasan cuma berpendapatan RM1,200 dan perlu menjaga ibu yang sakit tua.

Hakim Juraidah Abbas membenarkan ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Nov sebagai sebutan semula kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.