
Beliau yang diiringi Timbalan Presiden MIC M Saravanan dan pemilik kedai Bollywood Mohammad Rafi meluangkan masa kira-kira sejam melawat beberapa premis antaranya yang menjual pakaian.
Ismail dalam kenyataan berkata pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum yang hadir hari ini melambangkan semangat Keluarga Malaysia.
“Setiap kali musim perayaan Deepavali, saya pasti akan berkunjung ke Little India bagi melihat sendiri kemeriahan dan persiapan sambutan.
“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh komuniti Hindu di seluruh negara.
“Raikan Deepavali dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta,” katanya.