
“Mahathir rasmi dibenarkan keluar daripada hospital semalam (Isnin),” pejabatnya memberitahu AFP, sambil menambah ‘beliau akan terus bekerja di pejabat seperti biasa’.
Mahathir, berusia 99 tahun pada Julai lalu, mendapat rawatan di hospital kerana ‘batuk berterusan’ beberapa hari selepas menyambut hari lahir.
Beliau berada di hospital hampir tiga bulan pada kemasukan sebelum ini pada awal tahun ini.
Mahathir menerajui Malaysia bermula 1981 hingga 2003, dan sekali lagi mentadbir pada 2018, ketika usia 92, namun pakatan diketuainya tumbang dua tahun kemudian susulan pertembungan dalaman.
Mahathir tumpas kerusi Parlimen Langkawi dalam kekalahan mengejut pada PRU 2022, namun terus aktif dalam politik dan muncul sebagai pengkritik utama terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.