Anwar nafi kontrak kepada syarikat Ahli Parlimen Bukit Gantang ‘tak ikut tatakelola’

Anwar nafi kontrak kepada syarikat Ahli Parlimen Bukit Gantang ‘tak ikut tatakelola’

Perdana menteri memberitahu wakil PN Pasir Puteh agar membuat kenyataan berasaskan fakta, bukan maklumat daripada media sosial.

anwar ibrahim
Anwar Ibrahim menegaskan dalam Dewan Rakyat hari ini bahawa tuduhan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) tidak benar sama sekali kerana beliau sendiri menandatangani kontrak tersebut. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa kontrak bekalan makanan tentera diberikan ‘tanpa mengikut tatakelola’, seperti yang dinyatakan oleh Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) dalam Dewan Rakyat.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 semalam, Zawawi mendakwa, syarikat milik Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) memperoleh kontrak itu kerana menyokong Anwar.

Beliau menegaskan memiliki bukti, iaitu mesej WhatsApp antara Syed Hussin dan seorang pegawai kerajaan.

Ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri hari ini, Anwar berkata, dakwaan Zawawi tidak benar kerana beliau sendiri menandatangani kontrak tersebut.

“Seperti mana saya dengar ucapan Pasir Puteh sebelum ini, menteri kewangan tak ikut tatakelola dalam pengagihan kontrak. Tidak benar sama sekali.

“Dengar daripada mana? Daripada TikTok. Belajar mana ni? TikTok. Seorang (lagi) pula Whatsapp. Tidak merujuk fakta.

“Bila bercakap atas nama Islam, rujuk al-Quran, tetapi bila kritik, tak kisah,” katanya.

Anwar yang juga menteri kewangan mengingatkan semua pihak agar tidak membuat tuduhan tidak berasaskan fakta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.