
Katanya, sejumlah 234 sampel anggur telah dianalisa pada 2020 hingga September 2024, di mana empat atau 1.71% anggur dikesan tidak mematuhi MRL dan ia tidak melibatkan Shine Muscat.
“Dalam hal ini, kelulusan pelepasan di pintu masuk hanya akan diberikan sekiranya keputusan analisa mematuhi MRL yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan memetik Bernama.
Kementerian Kesihatan berkata demikian sebagai maklum balas laporan The Thai Pesticide Alert Network (Thai-PAN) serta beberapa media tempatan berkaitan anggur Shine Muscat yang diimport dari China didakwa mengandungi MRL.
Majlis Pengguna Thailand berkata, 23 daripada 24 sampel anggur Shine Muscat dikesan tercemar.