
Pihak tentera udara berkata, misi hari kedua itu membabitkan penerbangan helikopter EC 725 AP menerusi Pangkalan Udara Villamor di Bandar Pasay ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol.
Menurutnya, misi berjalan lancar pada sebelah pagi berikutan cuaca baik namun jarak penglihatan kemudian terjejas akibat jerebu dan angin kencang.
“Walaupun berdepan dengan cabaran tersebut, kemahiran dan pengalaman kru EC 725 AP membolehkan misi diselesaikan dengan jayanya,” kata tentera udara, lapor Bernama.
Penerbangan dikendalikan oleh Mejar Aslam Hariri bersama pembantu juruterbang Kapten Fikry dengan dibantu seorang ‘quartermaster’ udara, tiga kru teknikal dan seorang anggota Pasukan Khas Tentera Udara.
Agensi melaporkan Taufan Kristine, atau Taufan Trami, menjejaskan lebih 5.7 juta orang di Filipina, dengan jumlah kematian 85 orang setakat semalam.