
Penyerahan bantuan antaranya beras, minyak, gula dan barangan kering tepung disempurnakan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Adam Saffian Ghazali, baru-baru ini.
Amirudin dalam ucapannya menyambut baik langkah Air Selangor menerusi inisiatif CSR Sesama Mara, yang merangkumi pelbagai program seperti penyerahan Box of Hope kepada komuniti B40.
“Ia contoh jelas bagaimana kerajaan negeri bersama syarikat miliknya terus komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus diutamakan.
“Saya berharap program ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai lagi pada masa depan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Adam Saffian Ghazali berkata sebanyak 6,035 kotak Box of Hope telah diagihkan kepada komuniti B40 sejak program amal terbabit diperkenalkan pada Jun 2020.
“Sumbangan ini diharap dapat memberikan impak positif kepada penerima bagi meringankan beban perbelanjaan harian mereka.
“Program Box of Hope ini sebahagian inisiatif CSR Air Selangor, Sesama Mara untuk membantu komuniti sekeliling di samping memperkukuhkan hubungan Air Selangor dengan pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.
“Program ini membuktikan bahawa Air Selangor bukan sekadar komited dalam menyediakan perkhidmatan air, tetapi juga untuk membantu dan menyumbang kepada masyarakat
menerusi inisiatif CSR Sesama Mara kami,” katanya.
Sumbangan dalam bentuk fizikal kepada program Box of Hope boleh dibuat di lima Village Grocer iaitu Tamarind Square Cyberjaya, MyTOWN Shopping Centre Cheras, 1 Mont Kiara, Central i-City Shah Alam dan Melawati Mall Ampang.
Bagi sumbangan secara digital, layari laman sesawang www.airselangor.com/boxofhope/ atau https://www.airselangor.com/sesamamara/.