
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli berkata, keputusan bidaan NPI yang dijalankan menerusi sistem JPJeBid itu akan diumumkan pada Khamis.
“Kaedah penawaran secara bidaan ini tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang ditetapkan melalui JPJeBid,” katanya, lapor Bernama.
Menurut Aedy Fadly, nombor pendaftaran yang berjaya dibida mesti didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.
Beliau berkata, harga bidaan minimum bagi siri nombor plat itu ditetapkan mengikut kategori, iaitu RM20,000 untuk ‘Nombor Utama’, RM5,000 (Nombor Premium), RM2,500 (Nombor Menarik), RM500 (Nombor Popular) dan RM100 (Nombor Semasa).
Aedy Fadly berkata, siri NPI itu adalah antara inisiatif kerajaan untuk menyokong agenda Malaysia Madani, selain mempromosikan nilai Madani yang menjadi cerminan jiwa dan aspirasi negara dalam kehidupan rakyat.
Katanya, hasil jualan NPI itu akan digunakan untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif bawah Kementerian Pengangkutan, antaranya Program MyLesen, Program Pertukaran Topi Keledar, FlySiswa, dan pembayaran Perkeso kepada pemandu teksi.