
Ketua Polis Bintulu Nixon Joshua Ali, berkata pasangan warga tempatan 28 dan 34 tahun itu ditahan di susulan aduan kematian dari Hospital Bintulu diterima pihak berkuasa, Selasa lalu.
“Hasil siasatan awal yang dijalankan menemui unsur penderaan pada tubuh mangsa dengan kesan kecederaan pada bahagian pinggang dan kepala.
“Siasatan juga mendapati mangsa dipercayai didera ibu tirinya di rumah mereka di Sungai Setiam,” katanya menurut Harian Metro.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut dan menasihati orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebar berita tidak benar.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Mohamad Hashim Kasman di talian 011-15377837 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.