Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan keluar kenyataan fitnah

Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan keluar kenyataan fitnah

Chegubard dituduh mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Agong.

Pada 11 Julai lepas, Chegubard mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Agong.
KUALA LUMPUR:
Badrul Hisham Shaharin, atau Chegubard, akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan tuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Januari lepas.

Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Badrul Hisham, 45, selaku peguam memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah berkata, pihak pendakwaan telah menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada pihak peguam dan perkara itu disahkan oleh Muhammad Rafique.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Jan depan untuk sebutan kes. Sebelum ini, mahkamah menetapkan 26 dan 27 Nov ini untuk perbicaraan kes berkenaan.

Pada 11 Julai lepas, Badrul Hisham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Agong.

Badrul Hisham didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara pada 6 petang 22 Jan lepas mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.