Skim jaminan pembiayaan bantu usahawan makanan kembang perniagaan

Skim jaminan pembiayaan bantu usahawan makanan kembang perniagaan

Advance Sincere Sdn Bhd mendapatkan pinjaman Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi perkukuh perniagaan miliknya.

Peserta SJPP
Pengarah Eksekutif Advance Sincere Sdn Bhd Simon Ng gembira terpilih menerima Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) daripada Agrobank.
PETALING JAYA:
Ketika memulakan perniagaan tujuh tahun lalu, operasi Advance Sincere Sdn Bhd dimiliki usahawan Simon Ng hanya memerlukan dua pekerja kerana pasaran membekalkan makanan laut segar dan barangan lain yang terhad.

Simon masih ingat ketika itu pekerjanya mengendalikan bekalan seperti udang, kepah dan ikan dari Pantai Remis, Kuala Selangor yang kemudian dijual ke beberapa restoran dan hotel.

Namun, kini Simon tersenyum puas melihat perusahaannya semakin berkembang dengan hampir 30 pekerja dan mendapat kepercayaan pembekal dari Turki, Itali, Sepanyol serta akan datang Australia bagi mengimport barangan seperti pasta, minyak zaitun dan pati tomato.

Selain itu, sosej, keju dan pelbagai barangan bakeri yang semuanya halal.

Semua itu bertitik-tolak selepas permohonannya menyertai Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) diluluskan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan, dimiliki sepenuhnya Menteri Kewangan Diperbadankan.

Menurutnya, beliau disyorkan Agrobank untuk mendapat pembiayaan memandangkan syarikatnya berstatus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mempunyai aliran kewangan cemerlang dan hala tuju perniagaan jelas.

“Proses sangat mudah dan bantu luluskan pembiayaan perniagaan dari Agrobank.

“Selepas itu kami dapat kembangkan perniagaan dengan mengimport barang dari luar negara untuk dibekalkan ke hotel dan restoran,” katanya berterima kasih kepada Agrobank dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan.

Peserta SJPP
Pekerja Advance Sincere memeriksa stok dalam peti sejuk beku di gudangnya di Petaling Jaya.

Simon percaya lebih banyak syarikat PKS dan syarikat bersaiz sederhana (MCS) mampu berkembang namun berdepan kekangan sukar mendapat mendapat pembiayaan kewangan untuk terus kekal dan berdaya maju dalam perniagaan.

“Menerusi skim jaminan kerajaan itu, mereka mudah dapat pinjaman perniagaan dari mana-mana institusi kewangan mengambil bahagian,” katanya berharap kaedah faedahnya diselaras kepada 0.5% pada Belanjawan 2025 esok.

Inisiatif lain ditawarkan untuk mengembangkan perniagaan seperti Skim Jaminan Modal Kerja – Bumiputera (SJMK–B), Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK), dan Skim Jaminan Modal Kerja – Start Up (SJMK-SU).

Selain itu, eksport dan wanita, Skim Jaminan Automasi & Digital (Sjad), Skim Kemudahan Pembiayaan Pelancongan Penjana (PPP) serta Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi (SRSBBT).

Had pembiayaan ditetapkan sehingga RM30 juta bagi syarikat bawah sektor teknologi tinggi, pertanian, pembuatan dan pelancongan manakala RM20 juta untuk bidang lain.

Tekan di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.