
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata majistret telah membenarkan individu terbabit direman selama tujuh hari.
Beliau bagaimanapun tidak memberitahu mahkamah majistret yang membenarkan reman itu.
Azam berkata bekas COO itu sebelum ini direman sehari sebelum SPRM menahannya semula hari ini.
“Kita tahan semula dan dapat kebenaran reman,” katanya kepada pemberita selepas satu majlis.
Azam berkata SPRM juga akan melihat kepada 20 projek membabitkan MBI selepas menerima maklumat ada sebahagian individu terbabit menerima rasuah.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan projek terbabit.
Mengulas sama ada projek itu mempunyai kaitan dengan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Azam berkata: “Setakat ini tiada.”
Beliau juga enggan mendedahkan nama pemimpin politik yang dikaitkan dengan kes itu.
SPRM sebelum ini menggeledah sembilan ‘safe house’ disyaki mempunyai kaitan dengan ahli politik berkait kes rasuah konsesi perlombongan pasir.
Serbuan di tiga rumah itu menemui sejumlah mata wang asing bernilai lebih RM5 juta yang dipercayai lokasi menyimpan hasil suapan.