
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi di Jalan Limau Manis itu, mangsa yang berusia 78 tahun dilaporkan sedang berjalan ke kedai.
Satu rakaman CCTC yang tular menunjukkan seorang penunggang motosikal menghampiri wanita itu dari arah belakang sebelum meragut beg tangan mangsa menyebabkan dia terjatuh di atas jalan raya.
Wanita itu dilihat terbaring di atas jalan raya selama beberapa seketika sebelum seorang pengguna jalan raya datang membantu mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood berkata mangsa kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
“Mangsa mengalami pendarahan di kepala dan keadaannya sedang dipantau doktor,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, polis sudah menerima laporan berhubung kejadian itu dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.