PM: Belanjawan 2025 fokus inflasi, naikkan gaji, kata PM

PM: Belanjawan 2025 fokus inflasi, naikkan gaji, kata PM

Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam yang kali terakhir pada 12 tahun lalu.

public
Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan tumpu usaha naikkan tahap pendapatan seiring peningkatan produktiviti dan pelaburan, pada Belanjawan 2025.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata walaupun harga barangan seperti minyak masak, petrol dan tepung lebih murah di Malaysia berbanding negara serantau, masih terdapat keperluan untuk memberi tumpuan kepada menaikkan tahap pendapatan.

“Tahap pendapatan tidak naik (walaupun) produktiviti atau pelaburan meningkat. Kami perlu memberi tumpuan kepada isu ini; inilah yang saya laksanakan dalam perkhidmatan awam. Kami menaikkan gaji penjawat awam, yang telah tidak diberi perhatian sejak 12 tahun lepas.

Anwar Ibrahim.

“Kita perlu menjaga pekerja kita. Kemudian, kita boleh menggunakan dorongan moral terhadap konglomerat sektor swasta. (Sebagai contoh), jika anda mencatatkan keuntungan antara RM1 bilion dan RM4 bilion, anda tidak boleh (mewajarkan) membayar pekerja anda dengan cara sedemikian.

“Oleh itu, saya rasa perlu ada tekanan untuk menaikkan tahap pendapatan kerana, walaupun terdapat kebimbangan mengenai harga, ia adalah kerana gaji yang rendah,” kata beliau kepada CNBC dalam satu temu bual.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) melaporkan kadar inflasi Malaysia pada Ogos 2024 mereda kepada 1.9 peratus tahun ke tahun, berada sedikit di bawah jangkaan.

Menurut DoSM, inflasi pada Ogos didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran dan perkhidmatan penginapan (3.2 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.2 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (3.1 peratus) serta rekreasi, sukan dan kebudayaan (2.0 peratus).

Mengenai gaji penjawat awam, Anwar telah mengumumkan kenaikan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Dis 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Jan 2026 bagi Fasa 2.

Ini adalah pelarasan gaji yang pertama dalam tempoh 12 tahun dan merupakan langkah yang tepat pada masanya berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.