
Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK, Rajiv Rishyakaran berkata seramai 115,780 akaun peminjam didapati gagal membuat bayaran balik.
Menurutnya, daripada 380,000 peminjam PTPK, sebanyak 97,000 membayar mengikut jadual dan selebihnya mempunyai tunggakan.
“Tindakan penguatkuasaan turut dilakukan dengan memberi notis peringatan.
“Sekiranya pemain tidak melayan notis tersebut, tindakan bawa ke mahkamah akan dilakukan,” katanya pada sidang media.
Sementara itu, Rajiv berkata, PTPK meletakkan sasaran kutipan bayaran balik latihan kemahiran sebanyak RM415 juta tahun ini.
Bagaimanapun, sehingga ini jumlah bayaran balik yang diterima tidak sampai separuh daripada jumlah sasaran itu.
Rajiv berkata, bagi menggalakkan peminjam membayar balik hutang terdapat inisiatif dibuat antaranya promosi cabutan bertuah PTPK.
Beliau berkata, cabutan bertuah itu menyediakan hadiah kepada peminjam yang membuat bayaran balik.
“Hadiah utama adalah motosikal, telefon bimbit iphone dan komputer riba. Promosi itu dibuat daripada 1 Ogos hingga 31 Dis ini,” katanya.
Rajiv berkata, peminjam dan penjamin yang ingin menyertai promosi itu perlu memastikan semua akaun pinjaman dalam keadaan pembayaran balik teratur dan tiada tunggakan.