Polis lupus dadah, peralatan proses RM36 juta

Polis lupus dadah, peralatan proses RM36 juta

Semua dadah dianggar seberat 474.7kg dan 982.287 liter membabitkan 2,844 kertas siasatan yang dibuka sejak 2003 hingga tahun lalu.

Dadah utama dilupuskan terdiri methamphetamine seberat 285.530kg bernilai RM34.43 juta, 70.244kg MDMA (RM1.05 juta), 8.815kg heroin (RM308,000) dan 8.671 kg kanabis (RM433,000). (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Polis melupuskan barang kes melibatkan pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses bahan terlarang itu bernilai RM36.43 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata semua dadah dianggar seberat 474.7kg dan 982.287 liter itu membabitkan 2,844 kertas siasatan yang dibuka sejak 2003 hingga tahun lalu.

Beliau berkata, semua barang kes itu dilupuskan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur mengikut peruntukan Perintah Tetap Ketua Polis Negara D207 (Pelupusan Barang Kes) di Pusat Rawatan Sisa Kualiti Alam Sdn Bhd, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.

“Dadah utama dilupuskan terdiri methamphetamine seberat 285.530kg bernilai RM34.43 juta, 70.244kg MDMA (RM1.05 juta), 8.815kg heroin (RM308,000) dan 8.671 kg kanabis (RM433,000).

“…yang lain ialah 189.667 liter air ketum bernilai RM18,000 dan lain-lain bahan kimia digunakan untuk memproses dadah iaitu 1.914kg pepejal dan 786.320 ml cecair,” katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.