Pastikan perseteruan bola hanya dalam padang, seru Sultan Selangor, TMJ

Pastikan perseteruan bola hanya dalam padang, seru Sultan Selangor, TMJ

Mereka juga mahu semua pihak saling hormat-menghormati serta wujud perpaduan di luar padang.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail setuju semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal dalam padang sahaja.

Mereka juga mahu semua pihak saling hormat-menghormati serta wujud perpaduan di luar padang.

Perkara itu dinyatakan Tunku Ismail menerusi Facebook HRH Crown Prince of Johor selepas menghadap Sultan Sharafuddin, semalam.

Menurut kenyataan itu, Sultan Sharafuddin dan Tunku Ismail berkongsi pendapat mengenai perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan institusi diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara.

“Turut dibincangkan perkara berkaitan bola sepak, khususnya Sultan Sharafuddin dan Tunku Ismail bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja dan wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang,” menurut kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.