Keputusan berhubung GISBH disembah maklum kepada Sultan Selangor esok

Keputusan berhubung GISBH disembah maklum kepada Sultan Selangor esok

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah membuat keputusan berhubung perkara itu dalam mesyuarat khas semalam, kata exco.

Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini menzahirkan rasa dukacita dengan berita berkaitan siasatan pihak polis terhadap kegiatan jenayah oleh GISBH dan rangkaiannya. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan disembah maklum berhubung keputusan dicapai mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) esok.

Perkara itu dimaklumkan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Mohammad Fahmi Ngah kepada pemberita hari ini.

“Keputusan (berhubung GISBH) sudah dibuat dalam mesyuarat (semalam) dan kita akan bawa menghadap kepada Sultan Selangor esok sebelum ia diwartakan,” katanya.

Isnin lepas, Jabatan Mufti Negeri Selangor bersidang bagi memutuskan persoalan berkaitan GISBH di negeri itu, selain mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) turut dibentangkan laporan berkaitan GISBH oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 24 Sept lepas.

Pada 20 Sept, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan berita berkaitan siasatan pihak polis terhadap kegiatan jenayah oleh GISBH dan rangkaiannya.

Sehubungan dengan itu, baginda bertitah semua rumah amal dan sekolah Islam bawah kawalan GISBH dan rangkaiannya yang tidak berdaftar atau disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah termasuk jenayah syariah, diarahkan tutup dengan segera dan tidak dibenarkan beroperasi di Selangor.

Ini sebagai langkah pencegahan bagi mengelak kanak-kanak yang terlibat terus dianiaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.