Polis jejak lelaki ceroboh landasan monorel Bukit Bintang

Polis jejak lelaki ceroboh landasan monorel Bukit Bintang

Pihak berkuasa belum dapat kenal pasti identiti penceroboh.

Tular tindakan lelaki bertindak melintas landasan monorel Bukit Bintang.
PETALING JAYA:
Polis masih mengesan lelaki tular di media sosial yang bertindak melintas landasan monorel Bukit Bintang.

Ketua Polis Dang Wangi Sulizme Affendy Sulaiman, berkata pihaknya terkesan satu video berdurasi empat saat dimuat naik pemilik akaun ‘Xiaohongshu Manchys’, memaparkan perbuatan suspek itu sekitar 11.35 malam, 24 Sept.

Katanya, laporan polis berkaitan kejadian itu telah dibuat polis bantuan Prasarana pada 9.34 malam keesokan harinya.

“Usaha mengesan suspek telah dibuat polis bantuan Prasarana untuk menangkap penceroboh namun gagal. Pencerobohan ini dilakukan oleh seorang lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan dibuat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (Pencerobohan).

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.