
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, berkata ia susulan pindaan yang akan dilakukan terhadap Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Beliau berkata, pindaan itu akan membabitkan undang-undang khidmat sosial bagi memastikan pesalah yang pernah melakukan kesalahan, tidak mengulangi perbuatan sama di masa depan.
“Mereka yang dikenakan tindakan undang-undang ini pernah disabit kesalahan, namun tidak takut walaupun dikenakan kompaun.
“Kita akan jemput individu yang melakukan kesalahan berulang ini dengan memberi mereka t-shirt istimewa untuk sama-sama turun padang cuci longkang dan jalan,” katanya menurut Berita Harian di Putrajaya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pra Pelancaran Hari Cuci Malaysia: Program Pembersihan Mega Sempena World Clean Up Day 2024 di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS).
Nga berkata, beliau berpandangan pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) antara kaedah terbukti berkesan, selain telah diamalkan di beberapa negara maju seperti Norway, Sweden, dan Singapura.
Beliau berkata, pindaan akan dibentangkan di Parlimen selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri tahun hadapan.