
Adun Tenggaroh K Raven Kumar berkata beliau dimaklumkan mangsa diserang kira-kira 11.30 pagi, tiga jam selepas kehadiran haiwan liar itu yang turut dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
“Difahamkan seorang mangsa maut, manakala seorang lagi cedera dan masih menerima rawatan di hospital akibat kejadian itu.
“Mereka dipercayai mendekati gajah bagi tujuan menghalaunya dengan membawa kayu,” katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, sebelum ini gajah juga pernah dilihat berkeliaran di beberapa kawasan agak jauh daripada lokasi kejadian.
Raven berkata, menerusi pemantauan dron, gajah berkenaan didapati bergerak ke kawasan lain.
Sementara itu, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor Ling Tian Soon, berkata Perhilitan akan mendapatkan maklumat berhubung kejadian itu.