
Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia membuat anggaran itu berdasarkan hektar sawah yang dinaiki air menurut Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), harga pembelian padi hari ini iaitu RM1,800 se tan oleh pengilang padi swasta, dan purata hasil padi lima metrik tan setiap hektar.
“Kerosakan tidak begitu teruk pada 2005 dan 2010 kerana banjir ketika penanaman padi berada di peringkat awal. Kali ini, banjir melanda ketika tanaman hampir dituai,” kata Pengerusi Abdul Rashid Yob, lapor Berita Harian.
Semalam, Mada melaporkan hampir 6,000 hektar sawah di kawasan Mada ditenggelami air banjir sejak minggu lalu.
Pengerusi Ismail Salleh dilapor berkata kejadian sawah dilimpahi banjir kali ini adalah lebih tinggi berbanding banjir pada 2010.
Katanya, Mada masih lagi menjalankan bancian terperinci nilai kerugian yang ditanggung pesawah, dan hasilnya akan dihantar ke Jabatan Pertanian dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.