
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada 3.33 pagi, sebelum Balai Bomba Sitiawan tiba ke lokasi kejadian sembilan minit kemudian.
Beliau berkata pemandu dan penumpang lori yang maut dikenali sebagai Razali Sahad, 48, dan Muhammad Alizzat Narayi, 28.
“Dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang lori itu tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak kementerian kesihatan,” katanya dalam kenyataan.
Sabarodzi berkata bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit daripada lori berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata operasi ditamatkan pada 6.05 pagi.