
Jabatan Penjara berkata, banduan reman itu ditahan pegawainya di Terminal Bas Rapid Kuantan, Pahang kira-kira 11 pagi tadi.
Lelaki itu ditahan berdasarkan siasatan dan maklumat orang awam.
“Banduan reman tersebut telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Berdasarkan syor lembaga siasatan, Jabatan Penjara berkata ia akan mengambil tindakan tegas terhadap individu didapati cuai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan berlakunya kejadian ini.
Ia turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam dan pihak membantu operasi pencarian berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang banduan Penjara Sungai Buloh yang dirawat di Hospital Sungai Buloh melarikan diri pada 3.56 petang Rabu lalu.
Polis dilapor berkata A Kalai Kumar, 27, memiliki lapan rekod lampau membabitkan empat kesalahan jenayah dan empat kesalahan berkaitan narkotik.