
Sinar Harian melaporkan Mohamed Huzaini Mohamed Hussein, 56, yang bekerja sendiri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Suzana Hussin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima RM15,000 melalui akaun banknya daripada seorang pengarah syarikat sebagai dorongan melicinkan proses tuntutan bayaran kerja penarikan kabel projek Petronas Rapid di Pengerang.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Metropolitan Square, Petaling Jaya pada 17 Ogos 2017.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24 akta sama.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 28 Okt ini sebutan semula kes.