
Anwar berkata beliau secara peribadi mengikuti perkembangan kes berkenaan dan menggesa semua pihak daripada membuat spekulasi berkaitan kes itu.
Katanya, pihak polis dan peguam negara perlu terlebih dahulu berpuas hati dengan siasatan kes tersebut sebelum mengambil tindakan seterusnya.
“Siapa kata kes ini tutup? Ya, proses (siasatan) ambil ambil masa. Saya secara peribadi ambil tahu hal sedemikian.
“Kadangkala, kita hukum sebelum siasatan selesai atau sebelum tahu keputusan siasatan yang perlu dirujuk kepada peguam negara,” katanya kepada wartawan selepas solat Jumaat di sini.
“Peguam negara akhirnya akan memutuskan sama ada untuk mendakwa atau tidak, berdasarkan fakta.”
Pada awal bulan ini, mangsa Ong Ing Keong dan peguamnya mendedahkan video insiden itu selain membangkitkan kelambatan proses keadilan bagi kes itu.
Dalam kejadian pada 28 Mei, pemandu pekak dan bisu itu mendakwa ditumbuk polis pengiring orang kenamaan ketika menunggu untuk mengambil penumpang di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.