Bekas timbalan menteri Eddin Syazlee meninggal dunia

Bekas timbalan menteri Eddin Syazlee meninggal dunia

Beliau disahkan meninggal dunia di rumahnya di Bukit Chedang, Negeri Sembilan pada 7.10 pagi tadi.

Eddin Syazlee
Eddin Syazlee Shith merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah dan pernah dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri serta timbalan menteri kerja raya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas timbalan menteri komunikasi dan multimedia Eddin Syazlee Shith meninggal dunia di rumahnya di Bukit Chedang, Negeri Sembilan pada 7.10 pagi tadi.

Kematiannya disahkan oleh Ketua Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan Mohamad Hanifah Abu Baker.

Hanifah berkata kesihatan penasihat PN negeri itu mula merosot sejak lima bulan lepas dan menerima rawatan susulan di hospital swasta.

“Datuk Eddin dibawa pulang ke rumahnya semalam selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini. Allahyarham meninggal dunia di rumahnya, kami (ahli PN) berada di rumahnya sejak malam tadi bersama-sama keluarga, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar untuk PN negeri ini.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Eddin Syazlee, semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya menurut Bernama.

Eddin Syazlee, 50, merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah dari 2018-2022.

Beliau juga pernah dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan timbalan menteri kerja raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.