Mulut berbuih, 2 penarik kereta ditemukan maut

Mulut berbuih, 2 penarik kereta ditemukan maut

Keduanya berada dalam kereta yang enjin masih hidup dengan pintu dan cermin tertutup rapat.

azam ismail
Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail, berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Dua penarik kereta ditemukan maut dengan mulut berbuih dalam kereta, dalam kejadian di Jalan Persiaran 9, Taman Ampang Saujana, Ampang.

Dalam kejadian pada 6.17 petang semalam, kedua mangsa berada dalam kereta yang pintu dan cermin tertutup rapat, selain enjin masih hidup.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail, berkata siasatan lanjut mendapati semua mangsa tidak sedarkan diri, tanpa kesan kecederaan.

“Pihak ambulans Hospital Ampang yang tiba di lokasi telah mengesahkan kedua-duanya telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, semua mayat dibawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat pada hari ini.

“Setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.