Polis selesai rakam keterangan Teresa Kok

Polis selesai rakam keterangan Teresa Kok

Polis mengajukan 20 soalan kepada Ahli Parlimen Seputeh, menurut peguam.

Kes berkait kenyataan Ahli Parlimen Teresa Kok berhubung pensijilan halal disiasat di bawah tiga seksyen.
KUALA LUMPUR:
Polis selesai merakam keterangan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berkait kenyataan berhubung isu pensijilan halal.

Teresa hadir memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USTJ) D5 Bukit Aman, pada 10 pagi ditemani peguamnya, yang juga Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan perkara itu.

“Setakat 12 tengah hari tadi, polis menerima 50 laporan berhubung kenyataan Kok. Kertas siasatan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa dua hari,” katanya.

Syahredzan memaklumkan lebih 20 soalan diajukan kepada anak guamnya dan polis tidak membuat sebarang rampasan telefon bimbit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) kanun yang sama, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.