Budak hilang Jumaat lalu ditemukan selamat

Budak hilang Jumaat lalu ditemukan selamat

Kanak-kanak usia 10 tahun itu ditemukan ketika sedang bermain dengan rakannya di taman perumahan.

Ketua Polis Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim, berkata kanak-kanak itu telah diserahkan kepada ibu bapanya. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu ditemukan selamat semalam.

Ketua Polis Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim, berkata Mohammed Ahil Sekh Abdul Alim dijumpai pada 7.15 malam di Bukit Beruntung dan telah diserahkan kepada ibu bapanya.

“Ketika ditemukan Mohammed Ahil Sekh sedang bermain dengan rakan-rakan di hadapan rumah di sebuah lorong di taman perumahan dan dalam keadaan sihat serta selamat.

“Beliau dijumpai oleh pemilik Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung lokasi terakhir Mohammed Ahil Sekh dilihat,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Mohammed Ahil Sekh yang beralamat di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor dan kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.