Lelaki parah ditetak parang akibat cemburu

Lelaki parah ditetak parang akibat cemburu

Polis berkata, mangsa yang parah di belakang badan, bahu dan tangan dihantar ke Hospital Taiping dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Mohamad Nasir Ismail
Ketua Polis Taiping, Mohamad Nasir Ismail, berkata laporan diterima sekitar 7.20 malam daripada isteri suspek yang memaklumkan suaminya menetak mangsa berusia 29 tahun. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan kerana menetak mangsa dengan parang hingga parah di tepi Jalan Kampung Dew, Taiping, Rabu lalu.

Ketua Polis Taiping, Mohamad Nasir Ismail, berkata laporan diterima sekitar 7.20 malam daripada isteri suspek yang memaklumkan suaminya menetak mangsa berusia 29 tahun.

Menurutnya, mangsa yang parah di belakang badan, bahu dan tangan dihantar ke Hospital Taiping dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Taiping digerakkan bagi mengesan suspek berusia 25 tahun.

“Suspek yang memandu kereta ditahan di sekitar Taiping kira-kira lima jam kemudian,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada rasa cemburu suspek.

Katanya, suspek direman enam hari hingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.