
Ketua Pegawai Eksekutif Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata langkah itu sebagai strategi untuk memastikan kos kewangan stabil dan konsisten.
“Penerbitan Sukuk masih dalam proses dan perlu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selaku pengawal selia CBP serta Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia (SC),” katanya dalam kenyataan.
Baru-baru ini, CBP menerima penarafan FI Rating A3/Stable/P2 oleh RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) yang dijangka meyakinkan pelabur berpotensi dan membuka peluang kepadanya mendapatkan Issuance Rating untuk proses penerbitan sukuk terbabit.
Menyentuh pencapaian CBP pada tahun ini, Khairil Anuar berkata 13% daripada jumlah keseluruhan pendapatan CBP setakat Julai lalu adalah daripada pelaburan sukuk.

Menurutnya, pada 2022 pelaburan Sukuk telah menyumbang sebanyak 8% yang meningkat kepada 10% pada tahun lalu dengan jumlah aset pelaburan bernilai RM1.5 bilion.
“CBP mengambil manfaat atas keupayaan instrumen Sukuk iaitu telah menjadikan portfolio Sukuk yang aktif sebagai aset pelaburan CBP dan Sukuk akan dijadikan salah satu sumber pendanaan untuk pengembangan aset perniagaan CBP,” katanya.
Khairil Anuar turut memaklumkan kadar dividen bagi syer biasa sebanyak 6.5 % dan syer keutamaan boleh tukar boleh tebus Islam (iRCPS) sebanyak 6.78
peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis tahun lalu.
Bagi mempromosikan CBP kepada masyarakat, beliau berkata pihaknya mengadakan kempen tahunan ‘Hello CBP’ sehingga 31 Dis ini yang memberi peluang pelanggan memenangi hadiah sehingga RM1.5 juta.