
Terbitan itu dilaksanakan menerusi proses penetapan harga pada 6 Nov lalu bawah program Sukuk Wakalah Senior sehingga RM10 bilion yang diberikan penarafan AA2 oleh RAM Rating Services Berhad.
Dalam kenyataan berkata, Bank Rakyat berkata terbitan itu merangkumi dua bahagian iaitu RM400 juta bagi tempoh tiga tahun dan RM200 juta untuk lima tahun.
“Bank Rakyat juga berjaya memperoleh permintaan yang menggalakkan bagi Sukuk Wakalah Senior dengan bidaan sebanyak 3.55 kali daripada jumlah terbitan sebenar.
“Jumlah terkumpul daripada terbitan Sukuk Wakalah Senior berkenaan akan dimanfaatkan oleh Bank Rakyat bagi tujuan perbankan patuh syariah termasuk keperluan modal kerja, perbelanjaan modal, pelaburan umum, menyediakan pembiayaan dan tujuan korporat am,” katanya.
Katanya, Bank Muamalat Malaysia Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad dilantik sebagai pengurus utama bersama bagi terbitan program sukuk wakalah itu.