
“Sebaik sahaja diluluskan, saya akan minta kerajaan persekutuan tangguhkan tarif baharu sehingga pertengahan tahun depan,” katanya pada majlis pelancaran program sukuk Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bernilai RM5 bilion hari ini.
Mengikut peraturan air persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mensyaratkan agar tarif disemak semula secara berkala oleh operator. Bagaimanapun, sebarang kenaikan sebenar masih memerlukan kelulusan Jemaah Menteri dan kerjasama kerajaan negeri.
Sementara itu, program sukuk PBAPP bernilai RM5 bilion – yang pertama seumpamanya oleh syarikat utiliti air berkait kerajaan negeri – bermatlamat membiayai projek-projek prasarana utama tanpa terlalu bergantung pada kenaikan tarif atau pinjaman bank.
Sukuk tersebut diterbitkan di bawah program Nota Jangka Sederhana Islamik disokong oleh rangka kerja kewangan mapan yang baru diwujudkan, yang mana ia telah menerima penarafan ’emas’ daripada RAM Sustainability. Sukuk itu sendiri dianugerahkan penarafan tertinggi ‘AAA/Stable’ oleh RAM Ratings.
Ketua Pegawai Kewangan PBAPP Mary Ann Harris berkata, penasihat dan pengatur utama bersama, iaitu Maybank dan UOB, telah mengecualikan yuran pengatur ‘sebagai sokongan terhadap pembangunan negara’.
Dana yang diperoleh akan menyokong inisiatif-inisiatif seperti Pelan Kontingensi Air 2030 bernilai RM2.1 bilion.
Chow berkata, PBAPP juga akan meneroka model pembiayaan swasta dan sewa pajak balik untuk menguruskan kos dengan lebih baik dari semasa ke semasa.