Jauhi tapak lubang benam, amaran polis kepada pencipta kandungan

Jauhi tapak lubang benam, amaran polis kepada pencipta kandungan

Ketua Polis Kuala Lumpur tidak mahu kerja oleh agensi terganggu.

tanah jerlus
Tapak lubang benam di Jalan Masjid India sedang dipantau dan orang ramai tidak patut berkumpul di situ demi keselamatan mereka, kata polis. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Polis memberi amaran kepada pencipta kandungan, terutama mereka yang menggunakan TikTok, supaya menjauhi tapak lubang benam di Jalan Masjid India.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata beliau mengarahkan anggotanya untuk memantau dan menjauhkan orang awam dari kawasan sekitar, ketika operasi mencari dan pemulihan warga India yang terjatuh sedang berjalan.

Jelasnya, polis tidak mahu kerja-kerja yang sedang dilakukan oleh beberapa agensi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Indah Water Konsortium terganggu.

“Kita tak mahu orang pergi meninjau-ninjau buat TikTok… saya nasihatkan orang ramai supaya faham tempat ini masih dalam kawalan. Jangan bahayakan diri kita,” katanya pada sidang media.

Operasi mencari dan menyelamat Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam 8m pada 23 Ogos lepas, dihentikan pada 31 Ogos iaitu sembilan hari selepas kehilangannya antaranya kerana faktor keselamatan anggota penyelamat.

Operasi oleh pihak berkuasa kini di fasa pemulihan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.