
Beliau beri jaminan walaupun terdapat petunjuk bahawa aktiviti itu sedang meningkat, polis berkeupayaan untuk mematahkannya.
“Apa pun keadaannya, yang paling penting ialah saya memberi jaminan bahawa pasukan polis berkemampuan untuk mengawalnya,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Persidangan Keselamatan Dalam Negara.
Terdahulu, dalam ucapannya pada persidangan itu, Saifuddin mendedahkan masih terdapat beberapa kumpulan di Malaysia yang percaya bahawa selagi kerajaan tidak mengamalkan fahaman Islam, kerajaan itu perlu ditentang.
“Ketua polis negara kerap memberikan input hampir setiap minggu tentang apa yang berlaku di lapangan.
“Jangan ingat kes Ulu Tiram itu kes terpencil, jangan anggap (mudah) tangkapan beberapa elemen Daesh, daripada pensyarah universiti hingga suri rumah serta pekerja sektor binaan… (elemen ekstremis) masih lagi berkembang, masih lagi wujud,” katanya.