
Mengulas kritikan terhadap video tular berkaitan promosi pelancongan ke Melaka yang didakwa menonjolkan elemen satu kaum sahaja, Tiong berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu.
Beliau berkata, kementerian mendapati video itu dihasilkan oleh sebuah stesen televisyen di China bagi mempromosikan pelancongan Melaka kepada rakyatnya sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Janganlah kita mainkan isu yang bukan-bukan. Sebagai anak Malaysia, kita perlu belajar menjaga keharmonian dan perpaduan kerana itu yang paling utama untuk negara kita,” katanya kepada pemberita selepas mengalu-alukan ketibaan kira-kira 200 pelancong China bawah Beijing Jingdong Century Trading Co Ltd (JD.COM) ke Malaysia.
“Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) juga sudah bekerja keras (untuk memastikan keharmonian terjaga), jadi beliau menaruh harapan agar kita juga bersatu tanpa mengira bangsa atau agama.”
Tiong berkata, kumpulan itu akan menjelajah ke seluruh negara, termasuk ke Negeri Sembilan dan Melaka, hingga 5 Sept ini