Ribut petir, hujan lebat diramal di utara Semenanjung 2 – 7 Sept

Ribut petir, hujan lebat diramal di utara Semenanjung 2 – 7 Sept

Jabatan Meteorologi berkata, analisis model cuaca menyaksikan penumpuan angin dijangka berlaku di utara Semenanjung dalam tempoh itu.

Jabatan Meteorologi berkata, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku di negeri lain sepanjang minggu ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ribut petir berserta hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh lebih panjang di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak mulai 2 hingga 7 Sept ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan ia berdasarkan analisis model cuaca yang menyaksikan penumpuan angin dijangka berlaku di utara Semenanjung dalam tempoh itu.

“Di negeri lain, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini,” kata kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini serta sahih.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.