Polis tembak mati penjenayah di Rawang

Polis tembak mati penjenayah di Rawang

Suspek berusia 36 tahun itu mempunyai 16 rekod jenayah dan dadah, kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

garisan kuning
Hussein Omar Khan berkata suspek ditembak mati selepas enggan memberhentikan kenderaannya sebelum melepaskan tembakan kepada polis.
KUALA LUMPUR:
Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Beruntung, Rawang dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata dalam kejadian pada 9.33 malam itu, lelaki tempatan berusia 36 tahun terbabit ditembak mati selepas enggan memberhentikan kenderaannya sebelum melepaskan tembakan kepada polis.

“Suspek mempunyai 16 rekod jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.