2 rentung dalam nahas di Kota Kinabalu

2 rentung dalam nahas di Kota Kinabalu

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, identiti kedua-dua mangsa yang menaiki Perodua Axia itu masih belum dapat dikenal pasti.

Anggota bomba memadam kebakaran kereta mangsa selepas terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Kepayan, dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, awal pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua rentung dalam kebakaran kereta selepas terbabit kemalangan tiga kenderaan di Jalan Kepayan, dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, identiti kedua-dua mangsa yang menaiki Perodua Axia itu masih belum dapat dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.30 pagi.

Menurutunya, pasukannya dibantu pasukan BBP Putatan yang dihantar ke lokasi untuk membantu mangsa namun kereta itu didapati terbakar sepenuhnya.

“Tiga kenderaan yang kemalangan adalah Perodua Axia (terbakar), Perodua Viva dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux

“Operasi pemadaman segera dilakukan dan api berjaya dikawal pada 2.58 pagi. Pemeriksaan mendapati dua mangsa rentung dalam Perodua Axia,” katanya ketika dihubungi hari ini, menurut Harian Metro.

Katanya, mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemandu Perodua Viva iaitu lelaki berusia 34 tahun dan pemandu Toyota Hilux berusia 22 tahun cedera ringan.

“Operasi itu tamat pada 4.40 pagi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.